Noraini Wahida binti Abdullah, and Mohd Ekhwan Hj.Toriman, (2010) Ciri persekitaran hidrologi dan sedimentasi Sungai Telom, Cameron Highlands. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2). pp. 161-172. ISSN 1823-884x
|
PDF
602kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/ida010....
Abstract
Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadap perubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisis ciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom, Cameron Highlands. Kajian bagi mengumpulkan data hidraulik dan hidrologi telah dijalankan pada 28 Oktober 2008 manakala persampelan sedimen dan air bagi mengkaji tren luahan sedimen di Sungai Telom telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 28 Oktober dan 8 Februari 2009. Di dalam kajian ini, perisian1-D-Hidrodinamik XPSWMM telah dipilih dan digunakan bagi mensimulasikan aliran terus satu dimensi di Sungai Telom, Cameron Highlands. Proses kalibrasi dan validasi telah dilakukan bagi memastikan kejituan model. Permodelan hidraulik menunjukkan anggaran luahan penuh yang masuk ke Sungai Telom adalah pada link 7 iaitu 1.02 m3/s dan link 17 iaitu sebanyak 2.40 m3/s. Bagi melihat tren luahan sedimen pula, analisis sedimen telah dilakukan dan hasil kajian mendapati, anggaran muatan sedimen yang masuk ke Sungai Telom adalah tinggi iaitu kira-kira 172,324.56 kg/km²/tahun. Manakala peratusan sedimen menunjukkan bahawa pasir halus dan kasar lebih dominan di Sungai Telom.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | permodelan sungai; hidraulik dan hidrologi; sedimen; simulasi; kalibrasi dan validasi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 4232 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 09 Apr 2012 01:50 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page