Ketersampaian masyarakat tani kepada pelaburan saham amanah

Zaimah Ramli, (2010) Ketersampaian masyarakat tani kepada pelaburan saham amanah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (1). pp. 142-152. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
258kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/zaimah0...

Abstract

Umum menyedari bahawa melabur dalam saham amanah merupakan suatu langkah bijak dalam usaha meningkatkan pendapatan. Persoalannya, apakah semua lapisan masyarakat di negara ini mempunyai ketersampaian kepada saham amanah tersebut, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Kajian ini menilai sejauhmana masyarakat desa, iaitu pesawah padi mempunyai ketersampaian terhadap saham amanah yang terdapat di negara ini. Kajian turut mengenalpasti faktor-faktor penggalak dan penghalang yang mempengaruhi ketersampaian mereka. Dapatan kajian mengesahkan bahawa, meskipun kebanyakan golongan petani ini mempunyai pengetahuan umum mengenai saham amanah, tetapi ketersampaian dan penglibatan mereka secara langsung dalam pelaburan tersebut adalah agak terbatas. Tarikan kadar dividen yang tinggi dikenalpasti sebagai faktor penggalak utama mereka menyertai saham amanah. Manakala, dua faktor utama yang menghalang mereka daripada terlibat dalam saham amanah ialah kekurangan pendapatan dan kurangnya pendedahan terhadap pelaburan saham amanah itu sendiri. Secara keseluruhannya, penglibatan pesawah-pesawah padi terbabit dalam saham amanah adalah amat rendah dan terbatas. Fenomena ini cukup jelas apabila kebanyakan mereka kurang berkemampuan untuk mempertahan dan meningkatkan nilai pelaburan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Ketersampaian; Masyarakat tani; Pelaburan; Saham amanah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:4235
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:09 Apr 2012 02:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page