Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak

Junaidi Awang Besar, and Mohd FuadMat Jali, and Abdul Halim Sidek, and Yahaya Ibrahim, and Noor Aziah Hj. Mohd Awal, and Khaidzir Hj. Ismail, (2010) Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (1). pp. 26-37. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
135kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/junaidi...

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 kerana kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapat dijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhan kerajaan baru Negeri Perak dibawah pemerintahan BN. Hasil kajian menunjukkan hampir 100 peratus responden etnik Melayu, Cina dan India menjadikan televisyen sebagai sumber utama maklumat politik mereka. Dari segi kriteria calon pula, 72.1 peratus responden Cina menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat berbanding Melayu (67.9 peratus) dan India (47.9 peratus). 78.7 peratus responden Melayu, 81.6 peratus Cina dan 48.9 peratus responden India bersetuju bahawa mereka tidak merestui wakil rakyat mereka berhenti dan melompat parti. Persoalan mengenai krisis perlembagaan negeri Perak memperlihatkan responden Melayu lebih cenderung menyokong Institusi Raja dan sebaliknya bagi responden Cina dan India. Merujuk kepada jangkaan kemenangan parti, 27.0 peratus responden Melayu, 34.2 peratus Cina dan 57.3 peratus India menyatakan PAS akan menang berbanding dengan 45.5 peratus responden Melayu, 35.5 peratus (Cina) dan 20.8 peratus (India) menjangkakan BN akan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tersebut. Ketiga-tiga kaum bersetuju Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak akan dapat menerajui pembangunan negara dengan lebih inovatif dan progresif.

Item Type:Article
Keywords:pungutan suara; perlembagaan; Institusi Raja; pembangunan; kriteria calon
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:4239
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:09 Apr 2012 03:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page