Analisis deskriptif e-Forum dalam pembelajaran kursus terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Norwati Md Yusof, and Zaini Amir, (2007) Analisis deskriptif e-Forum dalam pembelajaran kursus terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 7 (2). pp. 79-93. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
762kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%207%20%282%...

Abstract

E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum boleh menjadi gandengan yang sesuai dalam e-pembelajaran/pengajaran kerana penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan kelas secara kehadiran fizikal. Makalah ini akan membuat analisis deskriptif satu e-forum dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan akan memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini akan mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan. Cadangan juga akan diberi berdasarkan kesimpulan yang dibuat.

Item Type:Article
Keywords:terjemahan; e-forum, e-pembelajaran; analisis deskriptif; portal pembelajaran
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:4243
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:09 Apr 2012 04:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page