Gendang Gangsa di Asia Tenggara: tinjauan terhadap motif bertmsur geometri

Adnan Jusoh, and Yunus Sauman, and Zuliskandar Ramli, (2011) Gendang Gangsa di Asia Tenggara: tinjauan terhadap motif bertmsur geometri. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 21-44. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Artikel ini memfokuskan kajian terhadap gendang gangsa iaitu sejenis artifak peninggalan masyarakat Zaman Logam di Asia Tenggara. Keunikan artifak ini terserlah pada motif dan pola hiasan yang dipaparkan sama ada pada timpanum mahupun bahagian badan objek berkenaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan motif yang mempunyai elemen geometri dipaparkan pada gendang gangsa. Di samping itu, kajian ini akan meneliti sejauhmana kekerapan penggunaan motif berkenaan dan juga maksud yang tersirat di sebalik penggunaan motif tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan tipologi dan perbandingan iaitu dengan membuat analisis terhadap kesemua motif dan simbol yang berunsur geometri yang dipaparkan pada gendang gangsa. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai jenis motif yang berunsur geometri telah diaplikasikan sebagai pola hiasan gendang gangsa. Di antaranya ialah motif bintang, motif segi tiga, motif gergaji, motif bulatan bertangen, motif bulatan bertitik, motif spiral, motif abjad dan sebagainy a. Motif tersebut bukan sahaja dipaparkan pada timpanum gendang sahaja, namun ia juga tund dipaparkan pada bahagian badan gendang. Berdasarkan pemerhatian, terdapat juga motif yang sama diu[ang penggunaan sehingga menampakkan keunikan objek ini. Kombinasi beberapa j enis motif berunsur geometri pada gendang gangsa juga bukan hanya membentuk identiti sesebuah gendang gangsa berkenaan, tetapi ia juga menunjukkan inovasi dan kreativiti masyarakat Zaman Logam yang sernakin maju berbanding dengan masyarakat wujud sebelumnya sama ada masyarakat Zaman Paleolitik ataupun Neolitik

Item Type:Article
Keywords:Gendang Gangsa, Zaman Logam, tipologi, motif, Asia Tenggara
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:4247
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:09 Apr 2012 07:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page