Kajian mengenai penyakit hepar kronik di Hospital Kuala Lumpur

Aishah H.A., and Chong K.L., and Habibah M., and Hamzah A., and Mah C.K., and Radhiah A.B., and Rao A.S.R.M., and Rahanah A., (1994) Kajian mengenai penyakit hepar kronik di Hospital Kuala Lumpur. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 1 (1). pp. 13-30. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/pdf/jil1bil1...

Abstract

Satu kajian mengenai penyakit hepar kronik (PHK) telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dari Januari 1992 sehingga Oktober 1993, untuk melihat hubungan PHK dengan faktor risikonya seperti umur serta jantina pesakit, penggunaan alkohol, hepatitis B dan penagih dadah intravenous (IVDU). Pada masa yang sama corak presentasi klinikal dan nilai biokimia baseline telah ditentukan untuk memberi gambaran prognosis pesakit PHK di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan ada hubungan di antara PHK dengan peminum alkohol serta umur (p<0.05) manakjala tiada hubungan didapati di antara PHK dengan hepatits B, IVDU serta jantina pesakit (P>0.05). Sakit dan 'discomfort' abdomen serta bengkak kaki ditemui pada hampir 1/3 pesakit. Jaundice (65.9%) dan hepatomegali (61.4%) adalah tanda klinikal yang paling sering dijumpa bersama komplikasi hipertensi portal (40.9%) dan ascites (40.9%). Terdapat keabnormalan pada semua nilai LFT ( Ujian Fungsi Hepar) kecuali albumin, dan nilai PT ( Prothrombin Time) meningkat.

Item Type:Article
Keywords:Penyakit hepar kronik; alkohol; hepatitis B; IVDU; cirrhosis.
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4319
Deposited By: Salasiah M Said
Deposited On:13 Apr 2012 07:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page