Karsinoma buah dada dan faktor-faktor yang mempengaruhi dikalangan pesakit di Hospital Kuala Lumpur

Ismail Y., and Fazilah N., and Madihah A., and Mohmad Hasan A., and Raymond D.S., and Rohaizan R., and The K.Y., and Tuan Norizan T.M., (1994) Karsinoma buah dada dan faktor-faktor yang mempengaruhi dikalangan pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 1 (2). pp. 12-20. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/pdf/jil1bil2...

Abstract

Suatu kajian kes kontrol telah dilakukan untuk menentukan samada faktor-faktor seperti sejarah keluarga karsinoma buah dada, pariti, penyusuan anak dan pengambilan pil perancang keluarga dapat mempengaruhi prevalens karsinoma buah dada. Dalam kajian ini 40 kes pesakit karsinoma buah dada yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur bagi tahun 1992 dan 1993 telah diambil secara rawak dari Unit Rekod, Fakulti Perubatan UKM. Manakala 40 kontrol yang berpadanan dari segi umur dan bangsa telah ditemuduga pada pesakit dari wad-wad di Hospital Kuala Lumpur. Daripada 40 pesakit karsinoma buah dada yang dipilih 65% adalah berbangsa Melayu diikuti Cina 20.0% dan India 15.0%. Daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat hubungan yang bererti (p<0.05) di antara karsinoma buah dada dengan sejarah keluaarga karsinoma buah dada, pariti dan penyusuan anak. Kajian juga mendapati bahawa tiada hubungan bereti di antara karsinoma buah dada dengan penggunaan pil perancang keluarga (p>0.05). Sejarah keluarga karsinoma buah dada merupakan faktor risiko yang terpenting dengan nisbah ods sebanyak 6.31 (95%Selang Keyakinan (SK) : 1.2, 45.5). Pariti juga adalah faktor yang penting dengan nisbah ods sebanyak 4.7. Sementara penyususan ibu merupakan faktor pelindung dengan nisbah ods 0.34 (SK 0.1, 0.9). Dengan pengetahuan faktor risiko ia dapat membantu mengesan karsinoma buah dada diperingkat awal.

Item Type:Article
Keywords:karsinoma buah dada; sejarah keluarga; pariti; penyususan anak; pil perancang keluarga
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4323
Deposited By: Salasiah M Said
Deposited On:13 Apr 2012 07:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page