Amalan merokok dan faktor yang berkaitan dengannya di Kampung Bukit Kerayong. Mukim Jeram dan Kapar, Selangor 1993

A. Jalal A., and Abdul Rahman H.J., and Ahmad Hisham A.R., and Alizah H.J., and Aminudin M.S., and Anita B., and Charanjeet, Singh J.S. and Foozia M.S., and Hasaruddin Rizal H., and Hasnah M.N., and Huang, L.G. and Khor, S.E. and Lee, B.C. and Loh, W.L. and Marini A.G., and Mary, Jennifer M. and Mohd Hamrizal A.H., (1995) Amalan merokok dan faktor yang berkaitan dengannya di Kampung Bukit Kerayong. Mukim Jeram dan Kapar, Selangor 1993. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 2 (1). pp. 11-29. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/pdf/jil2bil1...

Abstract

Satu kajian rentas telah dijalankan di kalangan penduduk berumur 13 tahun dan ke atas di Kampung Bukit Kerayong, Selangor untuk mengkaji amalan merokok dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Seramai 255 orang responden telah dipilih secara persampelan rawakmudah dengan mengambil sis rumah sebagai rangka sampel. Data didapati melalui soalselidik berpandu dan pemeriksaan urin bagi pasangan suami isteri yang terpilih. Kajian menunjukkan prevalens merokok adalah 31.4%. Prevalens di kalangan penuntut sekolah (umur 13 - 19) adalah 16% dan umur mula merokok adalah seawal 10 tahun. Dua faktor utama yang dikenalpasti mendorong seseorangmerokok adalah pengaruh kawan dan sikap ingin mencuba. Bagi bekas peroko, faktor utama yang mendorong mereka berhenti adalah masalah kesihatan. Sungguhpun demikian, kadar relaps adalah tinggi iaitu 77%. Faktor umur, jantina, sikap, pengetahuan kesihatan dan pengaruh ayah sebagai perokok dibuktikan mempunyai hubungan yang signifikans dengan amalan merokok. Paras nikotin urin (PNU) bagi perokok adalah 4.2 kali lebih tinggi daripada perokok pasif.

Item Type:Article
Keywords:Smoking; relapse rate; nicotine
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4327
Deposited By: Salasiah M Said
Deposited On:13 Apr 2012 08:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page