Assesment of heavy metals in a Malaysian diet

Tukimat, L., and Dayang Aminah, and A.Salmijah, and Lee, Y.H., (1999) Assesment of heavy metals in a Malaysian diet. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 5 (1). ISSN 1675-1663

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Pencemaran logam berat sering kali menjadi isu kerana kaitannya dengan masalah kesihatan. Pencemaran logam berat menunjukkan peningkatan di muka bumi ini akibat daripada aktiviti manusia. Makanan merupakan tapak jalan utama kemasukan logam berat kepada manusia. Pengumpulan yang tinggi di dalam makanan boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Pengambilan seharian logam plumbum dan kadmium oleh penduduk Kota Kinabalu ditentukan dengan menggunakan kaedah ‘market basket study’. Kaedah ini digunakan untuk menentukan paras logam di dalam makanan individu yang dibeli secara rawak daripada pasar utama yang dipilih iaitu Pasar Besar Kota Kinabalu, Inanam,Menggatal, Telipok dan Tuaran serta di pasaraya. Hasil kajian ke atas empat kumpulan makanan menunjukkan paras kandungan logam adalah dibawah paras yang dibenarkan oleh Akta Makanan Malaysia, 1983. Melalui kaedah ini, jumlah logam kadmium, plumbum dan nikel yang diambil oleh penduduk Kota Kinabalu dalam sehari ialah 3.72 mg/hari, 19.66 mg/hari dan 15.83 mg/hari.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4347
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Apr 2012 03:03
Last Modified:16 Apr 2012 03:03

Repository Staff Only: item control page