Mohd. Rizal. A. M., (1999) Wabak denggi di Felda Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan: satu pengalaman. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 5 (S). ISSN 1675-1663
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...
Abstract
Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan. Objektif tinjauan adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak dari berulang lagi. Data-data diperolehi dari rekod perubatan, laporan kes demam denggi dan melalui temuramah. Wabak telah diistiharkan pada 8 hb. Ogos, 1997 dan dikawal 15 hari kemudian. Sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan dan disahkan melalui ujian serologi denggi.Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil adalah menubuhkan bilik gerakan, memberitahu wabak kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta,menyelia kakitangan vektor dan merancang aktiviti-aktiviti kawalan, mengadakan mesyuarat dengan agensi lain dan menyediakan laporan harian ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, membuat kajian Aedes, penggunaan abate, memusnahkan tempat pembiakan, pengasapan,memberi pendidikan kesihatan, mengadakan gotong-royong dan menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975.Masalah--masalah semasa wabak yang telah dihadapi adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari, aktiviti kawalan yang kurang berkesan, kekurangan kakitangan dan peralatan serta penglibatan masyarakat yang kurang memuaskan.Cadangan-cadangan yang disarankan adalah membentuk pasukan anti-aedes dikalangan penduduk setempat, memastikan sampah dibuang di tempat yang sesuai, meningkatkan pendidikan kesihatan, menggunakan racun serangga 'water based' dan penggunaan kaedah 'ovitrap'.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Kesihatan Masyarakat |
ID Code: | 4360 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 16 Apr 2012 07:00 |
Last Modified: | 16 Apr 2012 07:00 |
Repository Staff Only: item control page