Zahara Aziz, and Suzela Bustam, (2011) Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap pencapaian geografi tingkatan satu – topik tumbuhan semula jadi dan hidupan liar (The impact of cooperative learning strategy on the geography achievement of form one: topics forest and the wild life). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 1-10. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
292kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pembelajaran koperatif (PK) dalam mata pelajaran Geografi di sekolah menengah rendah dengan menggunakan struktur Jigsaw, Group Investigation dan Student Teams Achievement Division (STAD). Pembolehubah yang dikaji ialah peningkatan kemampuan guru di dalam: (1) memotivasi pelajar dalam pembelajaran koperatif, (2) menstruktur pembelajaran koperatif, dan (3) menilai proses aktiviti pembelajaran koperatif. Penyelidik juga mengkaji kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian Geografi pelajar dan mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran Geografi sebelum dan selepas didedahkan dengan modul pembelajaran koperatif. Penyelidik juga mengkaji kemampuan pelajar dalam kemahiran berkolaborasi iaitu: (1) kemahiran komunikasi, (2) interaksi ahli-ahli kumpulan, dan (3) kemahiran koperatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah penyelidikan tindakan. Penyelidikan tindakan ini dilakukan secara berkolaboratif antara penyelidik dan seorang guru Geografi, serta 25 orang pelajar tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, ujian pra dan pasca pencapaian Geografi, dan soal selidik untuk mengukur sikap pelajar terhadap Geografi sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan bahawa kemampuan guru memotivasi pelajar dapat mewujudkan pergantungan yang positif antara pelajar untuk berkomunikasi dan berkoperatif. Kemampuan guru menstruktur dan menilai proses pembelajaran koperatif pula dapat meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru yang mewujudkan peningkatan pencapaian Geografi dan kemahiran pelajar berkolaborasi. Keputusan untuk sikap menunjukkan pelajar-pelajar telah berubah kepada sikap yang sangat positif terhadap geografi dengan kaedah pembelajaran koperatif. Implikasi kajian tindakan ini antaranya adalah guru perlu mengubah amalan kepada pengajaran dan pembelajaran menggunakan pembelajaran koperatif. Seterusnya pelajar dalam pelbagai golongan boleh meningkatkan pencapaian Geogafi, perubahan sikap terhadap Geografi dan memperlihatkan nilai sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Strategi pembelajaran; pembelajaran koperatif; pencapaian; subjek Geografi; kemahiran kolaborasi |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 4362 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 16 Apr 2012 12:44 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page