Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah (Level of readiness in using ICT for teaching and its effect on the work and behaviour of preschool pupils)

Sharifah Nor Puteh, and Kamarul Azman Abd Salam, (2011) Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah (Level of readiness in using ICT for teaching and its effect on the work and behaviour of preschool pupils). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 25-34. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICT serta pencapaian hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah melalui penggunaan ICT dan tanpa ICT. Sebanyak empat buah kelas prasekolah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian dan melibatkan seramai 100 responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah dan 30 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru berada pada tahap sederhana (66.2%) dan kemudahan fizikal juga pada tahap sederhana (65.5%). Kesesuaian bahan didapati pada tahap tinggi (77.5%). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah

Item Type:Article
Keywords:Kesediaan; pendidikan prasekolah; penggunaan ICT; literasi komputer; tingkah laku
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:4364
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Apr 2012 12:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page