Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di Sekolah Menengah (Family context and its relationship with parental involvement in their children’s education in secondary schools)

Abd.Razak Zakaria, and Noraini Mohd Salleh, (2011) Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di Sekolah Menengah (Family context and its relationship with parental involvement in their children’s education in secondary schools). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 35-44. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
284kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Kajian ini berfokus sepenuhnya kepada murid sebagai sampel. Peserta kajian keseluruhannya terdiri daripada murid-murid tingkatan empat dari sekolah menengah bantuan penuh kerajaan. Kajian ini melibatkan seramai 950 murid. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data. Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Lokasi bandar dan luar bandar diambil kira dalam penentuan pemilihan sampel kajian. Data-data berskala Likert dianalisis sepenuhnya secara inferensi menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) manakala data soalan terbuka dianalisis secara deskriptif. Kekuatan kedua-dua kaedah penganalisisan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis regresi menunjukkan bahawa komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu bapa di rumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan ibu bapa. Konteks keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran. Walaupun penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi konteks keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak tersebut. Justeru, lebih bermakna jika usaha ke arah kejayaan anak-anak di sekolah mengambil strategi yang lebih holistik dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang sihat.

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan ibu bapa; konteks keluarga; kesenggangan; keterbukaan; amalan keibubapaan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:4365
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Apr 2012 13:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page