Kesahan dan kebolehpercayaan MYGSI dalam mengukur kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan guru pelatih Bahasa Melayu(The validity and reliability of MYGSI in measuring communication skills, leadership and teamwork among Malay Language teacher trainees)

Zamri Mahamod, and Anisah Alias, (2011) Kesahan dan kebolehpercayaan MYGSI dalam mengukur kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan guru pelatih Bahasa Melayu(The validity and reliability of MYGSI in measuring communication skills, leadership and teamwork among Malay Language teacher trainees). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 67-75. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/index.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran generik, iaitu Malaysian Generic Skills Instrument (MyGSI). Kajian ini menggunakan 81 item MyGSI daripada 149 item setelah dianalisis menggunakan Gender Differential Item Functioning (GDIF). Instrumen ini ditadbir kepada 127 orang bakal guru opsyen Bahasa Melayu di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). MyGSI mengukur tiga konstruk, iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan dengan menggunakan lima mata skala Likert. Model Rasch digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Model Rasch digunakan kerana mampu mengukur kebolehpercayaan individu dan item di samping berupaya menunjukkan hasil analisis berkaitan individu dan item dalam satu lajur linear yang sama. Winsteps versi 3.64.2 digunakan dalam menguji instrumen. Nilai indeks kebolehpercayaan individu yang diperoleh bagi konstruk kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan adalah antara 0.86 hingga 0.90. Manakala nilai indeks kebolehpercayaan item bagi ketiga-tiga konstruk tersebut adalah antara 0.71 hingga 0.90. Kajian ini juga dapat mempersembahkan satu susunan item-item mengikut aras kesukaran mengikut tahap-tahap yang dipersetujui oleh pelajar. Hierarki item adalah mengikut aras kesukaran meningkat telah membuktikan instrumen MyGSI memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menguji kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan guru pelatih Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran generik; guru Bahasa Melayu; kemahiran komunikasi; kemahiran kepimpinan;kemahiran kerja berkumpulan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:4368
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Apr 2012 13:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page