Penswastaan perkhidmatan kesihatan awam: adakah kita bersedia

Syed Mohamed Aljunid, (2000) Penswastaan perkhidmatan kesihatan awam: adakah kita bersedia. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 6 (S). pp. 59-68. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
51kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Penswastaan perkhidmatan kesihatan adalah polisi yang dipelopori oleh agensiagensi penderma antarabangsa yang bermula selepas kegagalan kerajaan menangani masalah kemelesetan ekonomi pada awal tahun tujuh puluhan. Ciri-ciri eksternaliti, barangan awam dan barangan unggul yang dimiliki oleh perkhidmatan kesihatan awam merupakan faktor yang menyukarkan ianya diswastakan. Penswastaan pembiayaan perkhidmatan awam melalui caj pengguna dikatakan dapat menapis penggunaan perkhidmatan kesihatan yang berlebihan di samping meningkatkan kualiti melalui dana yang dikumpulkan. Namun realitinya adalah caj pengguna menurunkan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan, meningkatkan kos akibat kelewatan pengguna mendapatkan rawatan di samping keupayaannya yang amat terhad untuk meningkatkan jumlah dana yang dapat digunakan dalam sektor kesihatan. Penswastaan perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal telah mengujudkan keadaan monopoli dengan pemberian konsesi yang terlalu lama yang meningkatkan kos dan menurunkan kecekapan. Secara keseluruhan adalah tidak wajar perkhidmatan kesihatan awam di swastakan sekiranya tidak ada mekanisma untuk menangani masalah kegagalan pasaran, tiada usaha untuk menyahpusatkan sistem kesihatan bagi membolehkan pemantauan yang berkesan terhadap perkhidmatan yang disampaikan oleh kontraktor.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4374
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:17 Apr 2012 01:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page