Ibrahim, M.Y., and Norliza, A., and Judy, T., and Napsiah, H., and Scholastica, L., (2000) Klinik mesra - satu inovasi dalam perkhidmatan ibu dan anak di Klinik Kesihatan. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 6 (S). pp. 99-101. ISSN 1675-1663
|
PDF
16kB |
Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...
Abstract
Klinik Mesra adalah satu inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang sedia ada. Pembaharuan yang dijalankan adalah dengan membuat perubahan kepada perkhidmatan sessi klinik yang telah ditetapkan di satu-satu hari tertentu, yang rigid, kepada satu perkhidmatan yang fleksibel. Ini bermakna jadual sessi klinik yang telah ditetapkan kini telah dibuka kepada setiap hari, dimana setiap hari akan diadakan klinik yang terbuka dan tidak terhad kepada sesuatu perkhidmatan saja. Di samping itu, perkhidmatan yang mesra pelanggan juga telah diperkenalkan. Dalam pembaharuan ini, pelanggan boleh memilih hari dan masa yang sesuai bagi mereka untuk mendapatkan apajua perkhidmatan yang disediakan. Kemesraan antara kakitangan dan klien juga dipertingkatkan dengan memperkenalkan jagaan perseorangan. Ini membolehkan seorang anggota kesihatan memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dari mula hingga akhir. Pendekatan ini bukan saja mengeratkan pehubungan kakitangan dengen klien, tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan. Melalui sistem ini anggota kesihatan dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan melihat masalah seseorang pelanggan tersebut secara lebih menyeluruh.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Kesihatan Masyarakat |
ID Code: | 4378 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 17 Apr 2012 01:51 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page