Pengurusan krisis wabak penyakit: dilema sumber media

Umi K., (2000) Pengurusan krisis wabak penyakit: dilema sumber media. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 6 (S). pp. 110-119. ISSN 1675-1663

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Sejak dunia di landa oleh HIV/AIDS, yang masih merupakan tanda tanya di kalangan negara membangun,beberapa wabak penyakit merbahaya telah menyebabkan kadar mortaliti yang tinggi dan menimbulkan ketakutan awam.Kebimbangan terhadapnya sedang meningkat di kalangan ahli sains, pengamal perubatan dan kerajaan yang terdesak untuk memikirkan kaedah-kaedah pencegahan dan pengurusan pro-aktif. Ini adalah terutama sekali dalam konteks beberapa wabak virus di Malaysia. Kertaskerja ini mengkaji perspektif komunikasi terhadap wabak Coxsackie B. Secara dekat, analisis dilakukan terhadap peranan media pemberitaan dalam konstruksi realiti. Kertas kerja ini membahaskan punca-punca yang dikatakan telah mencetuskan kekeliruan, ketakutan dan salah faham semasa Malaysia di landa oleh wabak Coxsackie B. Antara penyebab yang dikenalpasti ialah masalah menterjemahkan bahasa perubatan dan sains ke dalam bahasa kewartawanan untuk fahaman orang ramai. Dalam konteks ini, ditekankan bahawa pengamal dan ahli sains perubatan perlu menguruskan media secara berkesan melalui strategi-strategi perhubungan awam. Kertaskerja mencadangkan supaya manual komuniksi krisis digunakan dalam pengurusan pro-aktif wabak penyakit.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4380
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:17 Apr 2012 02:02
Last Modified:17 Apr 2012 02:02

Repository Staff Only: item control page