Faktor risiko penyakit berkaitan cara hidup di kalangan kakitangan kesihatan negeri Kelantan

Abu Hassan Shaari AK, and Lila PMM, and LetchumanGR, and Ahmad Jusoh, (2001) Faktor risiko penyakit berkaitan cara hidup di kalangan kakitangan kesihatan negeri Kelantan. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 7 (S). ISSN 1675-1663

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Satu kajian irisan lintang bertujuan untuk mengesan penyakit diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan faktor faktor risiko yang berkaitan telah dijalankan dikalangan anggota kakitangan kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada tahun 1996. Seramai 2740 (56.1%) orang kakitangan telah menjalani pemeriksaan ini. Data diperolehi melalui temuduga dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pembantu Perubatan dan jururawat yang dilatih.Pemeriksaan perubatan yang dilakukan ialah tinggi, berat badan, tekanan darah, paras gula darah berpuasa dan paras kolesterol darah. Prevalen yang mengalami penyakit diabetes mellitus, hipertensi sistolik, hipertensi diastolik dan hiperkolesterolemia adalah masing-masing 3.6%, 1.5%, 1.9% dan 20.0%. Prevalen merokok, obes dan berat badan berlebihan adalah 16.7%, 9.5% dan 33.3%. Prevalen merokok dikalangan lelaki sebanyak 42.3%. Prevalen diabetes, hipertensi sistolik, hipertensi diastolik dan hiperkolesterolemia dikalangan yang mempunyai berat badan normal, berat badan berlebihan dan obes masing-masing adalah seperti berikut: diabetes- 3.0%, 4.8%, 4.4%; hipertensi sistolik-0.8%, 2.2%, 4.8%; hipertensi diastolik- 5.8%,13.5%, 24.8%; hiperkolesterolemia- 17.7%, 25.4% dan 26.5%. Kebanyakan faktor sosiodemografi seperti umur, jantina, jenis pekerjaan dan indek jisim tubuh mempunyai hubungan dengan prevalen faktor risiko penyakit berkaitan cara hidup.Prevalen faktor risiko seperti merokok, berat badan berlebihan, obes dan hiperkolesterolemia dikalangan kakitangan tertentu adalah lebih tinggi dari orang awam .Aktiviti promosi kesihatan yang khas bagi kakitangan kesihatan perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4394
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:17 Apr 2012 06:57
Last Modified:17 Apr 2012 06:57

Repository Staff Only: item control page