Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu

Lijah A., and Junaimi M., and Naemah Y., and Bibah B., (2001) Kajian amalan perancang keluarga dikalangan ibu berisiko tinggi di daerah Hulu Terengganu. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 7 (S). ISSN 1675-1663

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Amalan perancang keluarga yang berkesan masih merupakan masaalah yang besar di Daerah Hulu Terengganu.Pada tahun 1999, 6 kematian ibu bersalin telah berkaku di daerah ini. Dari bilangan tersebut 5 dari nya adalah dari gulungan ibu-ibu berisiko tinggi dinama hanya seorang sahaja yang pernah mengamalkan perancang keluarga.Kajian ini dilakukan di Daerah Hulu Terengganu untuk mengkaji sebab-sebab ibu berisiko tinggi tidak mengamalkan perancang keluarga. Seramai 200 pasangan ibu berisiko tinggi dari semua klinik kesihatan diseluruh daerah ini telah dipilih sebagai sasaran. Pilihan dilakukan secara persampelan sistematik (systematic sampling) Borang soal-selidik digunakan sebagai alat untuk mengutip data. Borang-borang yang berlainan antara suami dan isteri diedarkan untuk di isi sendiri oleh mereka, kemudian nya dikutip semula oleh pemungut data yang terdiri dari jururawat dan Pengawas Kesihatan Awam.Borang-borang tersebut dibentuk berdasarkan dari hasil perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion) yang dtelah dilakukan di Daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.Hasil kajian telah mendapati 26% sahaja ibu-ibu tersebut yang mengamalkan perancang keluarga secara berkesan.Pengetahuan tentang konsep sebenar perancang keluarga amat rendah dikalangan ibu-ibu ini dan pasangan masing-masing menyebabkan mereka tidak mengamalkan perancang keluarga. Berbagai alasan yang telah diberikan untuk tidak mengamalkan malah 27.5% dari suami memberi alasan sebagai pil yang dimakan tidak hancur, 12%-13.5% suami dan isteri mengatakan yang ianya dilarang oleh agama., 4.5%-14% Suami dan isteri mengatakan mereka mahukan anak ramai, 24.5% dari isteri pula takutkan kesan sampingan dan 24.5% lagi isteri mengatakan mereka dilarang oleh suami atau mertua. Jarak rumah kekemudahan kesihatan, kemudahan pengankutan dan taraf pendidikan mereka tidak memberi pengaruh kepada mereka untuk mengamalkan perancang keluarga. Ini telah didapati dimana 68.6% ibu-ibu ini tinggal kurang dari 2km dari kemudahan kesihatan, masih tidak mengamalkan manakala sejumlah 45.8% yang mempunyai kenderaan sendiri juga tidak mengamalkan perancang peluarga.Walaupun suamiisteri ini mempunyai pendidikan , mereka masih tidak mengamalkan. Dari aspek komunuikasi, didapati sejumlah 75.6% pasangan yang mengamalkan pernah berbincang tentang perancang keluarga manakala hanya 49.1% pasangan yang tidak mengamalkan pernah berbincang tentang ini.Kesimpulan nya, pengetahuan yang jelas tentang konsep sebenarnya perancang keluarga dan pentingnya perbincangan antara suami-isteri mengenai perkara ini adalah antara faktor-faktor terpenting dalam amalan perancang keluarga bagi ibu-ibu berisiko tinggi, di Daerah Hulu Terengganu. Oleh itu satu strategi yang baik hendaklah dibentuk, seterusnya dilaksanakan sepenuhnya untuk memberi penjelasan dan pendidikan kepada komuniti supaya amalan ini dapat dipertingkatkan.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4397
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:17 Apr 2012 07:06
Last Modified:17 Apr 2012 07:06

Repository Staff Only: item control page