Tinjauan tentang peranan optometris dalam penjagaan penglihatan pediatrik di Malaysia

Chen AH, and Duratul AH, (2001) Tinjauan tentang peranan optometris dalam penjagaan penglihatan pediatrik di Malaysia. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 7 (S). ISSN 1675-1663

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Objektif: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peranan optometris di Malaysia dalam penjagaan penglihatan pediatrik. Metodologi:Sebanyak 156 borang soal selidik telah dihantar kepada optometris tempatan yang berdaftar dengan Persatuan Optometris Malaysia tetapi hanya lebih kurang 33% memberi respon terhadap kajian tinjauan ini. Hasil keputusan: Seramai 82% optometris tempatan berpendapat bahawa optometri pediatrik adalah bidang yang penting. Antara sebab-sebab mengapa bidang ini tidak dipraktikkan dengan mencukupi pada masa sekarang ialah penglibatan masa yang panjang (29%), susah (22%), kurang keyakinan (22%), tidak menguntungkan (13%) dan sebagainya. Majoriti menyatakan hasrat untuk memperbaiki kemahiran dalam penjagaan penglihatan pediatrik dengan secepat mungkin. Antara cadangan yang diberi ialah:bengkel dalam bidang optometri pediatrik, bahan bacaan yang terkini dan sebagainya. Kesimpulannya: Secara amnya, hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa penglibatan optometris adalah tidak cukup aktif di samping praktis dalam bidang optometri pediatrik belum mencapai tahap yang memuaskan lagi. Akan tetapi, terdapat potensial yang tinggi dalam memperkembangkan bidang ini dalam masa yang sangat terdekat ini kerana minat, pengetahuan dan kesanggupan menceburi bidang ini terdapat di kalangan optometris tempatan.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4401
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:17 Apr 2012 07:29
Last Modified:17 Apr 2012 07:29

Repository Staff Only: item control page