Hapsah Mohd Dusa, and Omar Mihat, and Mariam Abd. Manal, (2002) Kajian pengetahuan, sikap dan amalan berkenaan penyusunan susu ibu secara ekslusif di kalangan ibu-ibu hamil yang mendapatkan pemeriksaan ante-natal di Klinik Kesihatan Seremban. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 8 (1). pp. 67-72. ISSN 1675-1663
|
PDF
743kB |
Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...
Abstract
Kajian telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan. sikap dan amalan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif di kalangan 40 orang ibu-ibu hamil anak kedua dan ke atas yang mendapatkan pemeriksaan ante-natal di Klinik Kesihatan Seremban. la merupakan kajian perbandingan yang mana pengetahuan. sikap dan amalan penyusuan secara eksklusif anak terdahulu dengan anak yang bakal lahir akan dibandingkan. Responden terdiri daripada ibu-ibu yang dijangka bersalin pada 1 hingga 31 Mac 2001. Responden terdiri dari pelbagai bangsa. agama. taraf pendidikan. jenis pekerjaan dan peringkat umur yang terdiri daripada 63% Melayu. 20% Cina dan 17% India yang berumur antara 19 hingga 44 tahun. Satu set borang soal-Selidik untuk pra-ujian dan pos-ujian telah dirangka. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap responden secara keseluruhannya adalah baik dan memuaskan sama ada sebelum intervensi pendidikan kesihatan dan meningkat selepas intervensi pendidikan kesihatan diadakan. Semasa intervensi pendidikan kesihatan. pendekatan individu. kumpulan dan massa telah digunapakai melalui kaedah ceramah. pameran. tayangan video. demontrasi. edar risalah dan kaunseling. Walau bagaimanapun. kajian menunjukkan amalan penyusuan ibu secara eksklusif amat rendah terutamanya di kalangan ibu-ibu yang bekerja. Walaupun pada awalnya .Seramai 93% ibu-ibu berhasrat untuk menyusukan bayi mereka melebihi 4 bulan. tetapi akhirnya hanya 53% Sahaja yang berbuat demikian Walau bagaimanapun berlaku peningkatan sebanyak 13% iaitu daripada 40% sebelum intervensi kepada 53% selepas intervensi. Oleh itu. terdapat hubungan yang Signifikan antara status pekerjaan dengan penyusuan ibu secara ekfklusif Oleh yang demikian. intervensi pendidikan kesihatan yang akan datang hendaklah lebih memfokuskan kepada kaedah kaunseling individu terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Kesihatan Masyarakat |
ID Code: | 4409 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 18 Apr 2012 02:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page