Shaharudin I, and Shamsul A.S., and Tahir A, and Mariam M, and Azah D, and Nik Shamsidah N.I., (2002) Sistem maklumat geografi (GIS) dan sektor kesihatan awam: kajian demam denggi di Bandar Baru Bangi dan Kajang. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 8 (S). pp. 34-42. ISSN 1675-1663
|
PDF
386kB |
Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...
Abstract
Sektor Kesihatan Awam dikenalpasti pada peringkat antarabangsa sebagai salah satu aplikasi baru dalam teknologi geografi. GIS dilihat sebagai memiliki keupayaan untuk memperbaiki kesihatan penduduk dan menyumbang kepada pembangunan polisi, pelaksanaan, dan kajian dalam kesihatan awam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa GIS adalah amat bernilai di dalam mengumpulkan (compilation) dan mempersembahkan data pada peringkat kebangsaan dan wilayah, terutamanya data alam sekitar dan data yang berkaitan dengan kesan penggunaan perkhidmatan kesihatan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) secara umumnya berperanan di dalam mengumpul, menyimpan, menganalisis, memanipulasi, dan memaparkan semula maklumat mengikut kehendak pengguna berdasarkan kepada tujuan dan objektif data dan maklumat itu dibentuk. Artikel ini adalah untuk melihat keupayaan GIS dalam Sektor Kesihatan Awam melalui kajian penyakit demam denggi di Bandar Baru Bangi dan Kajang. Analisis reruang (spatial) yang berkaitan dengan penyakit ini terutamanya dari sudut demografi dan persekitaran digunakan. Hasil analisis reruang ini mendapati bahawa tiada perbezaan taburan kes denggi antara tahun 1999 dan 2000, lokaliti denggi dapat dikenalpasti dengan tepat, hubungan antara satu kes dengan kes lain dapat divisualisasi dengan mudah dan penentuan kawasan berisiko tinggi untuk kes denggi bagi tujuan kawalan jangkamasa panjang dapat ditentukan.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Kesihatan Masyarakat |
ID Code: | 4414 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 18 Apr 2012 06:44 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page