Kekeliruan mengecam huruf b-d-p-q di kalangan kanak-kanak pra-sekolah

Ai, Hong Chen and Noor Suriani Mohamad, (2002) Kekeliruan mengecam huruf b-d-p-q di kalangan kanak-kanak pra-sekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 8 (S). pp. 46-49. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
60kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tiga jenis kekeliruan huruf b-d-p-q di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, iaitu jenis inverted reversal, jenis inverted dan jenis mirror image. Seramai 61 orang kanak-kanak pra-sekolah yang berbangsa Melayu mengambil bahagian dalam kajian ini. Pertamanya, setiap subjek diarah untuk menulis perkataan b-d-p-q dalam kertas yang berasingan untuk menguji kekeliruan huruf b-d-p-q dari segi penulisan. Kemudiannya, setiap subjek disuruh untuk mengecam plat-plat ujian yang terdiri daripada 12 pasangan huruf b-d-p-q seperti b-q, p-d, q-d dan seterusnya untuk menguji kekeliruan huruf b-d-p-q dari segi pengecaman. Hasil kajian kami menunjukkan bahawa pengecaman plat untuk setiap jenis kekeliruan huruf b-d-p-q, iaitu jenis inverted reversal, jenis inverted dan jenis mirror image bertambah baik secara signifikan (p<0.05) dengan peningkatan umur dari usia 4 hingga 6 tahun. Kesalahan menulis huruf b-d-p-q adalah 0% di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun manakala hanya sebanyak 20% melakukan kesalahan pada mereka yang berumur 4 tahun. Kekeliruan huruf b-d-p-q tidak kira sama ada jenis inverted reversal, jenis inverted ataupun jenis mirror image di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dari segi penulisan dan pengecaman adalah dipengaruhi oleh umur.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4416
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:18 Apr 2012 06:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page