Kajian mengenai pengetahuan berkenaan pengurusan ilmu dan amalan pencarian dan penyampaian maklumat di kalangan pengurus dan penyelia kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Mokhtar N., and Mohd. Ghazali R.J., and Mohd. Jais A.N., (2003) Kajian mengenai pengetahuan berkenaan pengurusan ilmu dan amalan pencarian dan penyampaian maklumat di kalangan pengurus dan penyelia kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 9 (1). pp. 32-37. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Kajian deskriptif irisan lintang ini melihat pengetahuan berkenaan pengurusan ilmu dan amalan berkaitan pencarian dan penyampaian/pemberian maklumat di kalangan pengurus dan penyelia Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 1075 borang kajiselidik telah dihantar melalui pos dengan kadar respon 69.1 %. meliputi 120 hospital dun 133 Pejabat Kesihatan yang terlibat dalam kajian ini. JumIah sampel untuk kajian ini adalah 743 orang merangkumi 8.8% Pengarah Hospital, 8.2% Pegawai Kesihatan Daerah, 15.2% Penyelia Pembantu Perubatan dan 67.8% Penyelia Jururawat (504). Pengetahuan berkenaan pengurusan ilmu secara amnya adalah rendah di kalangan sampel. Hanya 3% dari Pengurus Kesihatan (Pengarah dan Pegawai Kesihatan Daerah) dan l % dari Penyelia Jururawat mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan ilmu. Sebanyak 86.7% dari Pengurus dun Penyelia Kesihatan melakukan pencarian maklumat dan 93.4% menyatakan penyampaian maklumat adalah bidang tugas mereka. Laporan, mesyuarat dan taklimat merupakan cara mendapatkan maklumat yang paling sering digunakan. Penggunaan internet sebagai sumber pencarian maklumat adalah rendah di kalangan Penyelia Perubatan (42.5%) dan Penyelia Jururawat (51.6%). Bahan bacaan, kursus/seminarhengkel dun perbincangan adalah antara cara lain mendapatkan maklumat oleh Pengurus dun Penyelia Kesihatan. Pembentukan jaringan masih rendah (2.4%) dalam aktiviti pencarian dan pemberian maklumat di kalangan mereka.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4424
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Apr 2012 01:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page