Fusiko cucukan jarum suntikan di kalangan pelajar perubatan

M.Y. Norsayani, and I. Noor Hassim, (2003) Fusiko cucukan jarum suntikan di kalangan pelajar perubatan. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 9 (1). pp. 52-58. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan klinikal di hospital universiti sentiasa berisiko mendapat pendedahan kepada beberapa hazad pekerjaan seperti hazad fizikal dun biologi. Contohnya risiko cucukan jarum suntikan yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penularan patogen darah merbahaya seperti HIV, Hepatitis B dun Hepatitis C. Kecederaan perkaitan akibat cucukan jarum suntikan (iaitu jarum yang mempunyai rongga yang digunakan untuk mengambil darah) menyumbangkan kepada risiko paling tinggi penularan patogen bawaan darah kerana kipadzi darah yang tertinggal di dalam rongga jarum lebih banyak dan mengandungi kuantiti virus yang lebih tinggi. Masalah risiko cucltkan jarum s~intikand i kalangan pelajar perubatan masih belum diberi perhatian secara serilis di dalam Malaysia mahupun di luar negeri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejadian cucukan jarum suntikan ini termasuk tahap pengetahuan pelajar, persepsi risiko dun amalan mereka. Pihak universiti mungkin merupakan badan terbaik untuk menangani masalah ini kerana pelajar perubatan bernaung selama 5 tahun atau lebih di universiti sebelum menamatkan pelajaran mereka dan menjadi seorang pegawai perubatan. Namun begitu, para pelajar juga perlu memainkan peranan mereka membantu pihak pentadbiran dalam usaha mengurangkan risiko cucukan jarum suntikan supaya penularan penyakit bawaan darah dapat disekat.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4427
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:19 Apr 2012 01:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page