Plumbum darah dan hubungan dengan skor neurotingkahlaku di kalangan pegawai kastam

Maryam Kamaliah Jaafar, and Zailina Hashim, and Nor Azwa Mohd. Salleh, and Haslizawati Hashim, (2004) Plumbum darah dan hubungan dengan skor neurotingkahlaku di kalangan pegawai kastam. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 10 (S). pp. 100-113. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Tujuan: Suatu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas Pegawai Kastam di utara Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kepekatan plumbum darah dun hubungannya dengan skor neurotingkahlaku. Metodologi: Seramai 92 orang responden yang telah terlibat dengan kajian ini. Sampel darah diambil dengan menggunakan kaedah persampelan darah intravena yang kemudiannya dianalisis menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom Relau Grajit (Terpolar Zeeman). Ujian Neurotingkahlaku yang digunakan telah diambil daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengukur corak neurotingkahlaku. la terdiri dari 7 ujian, iaitu, Qian Pengstoran Visual Benton, Ujian Jarak Digit, Qian Simbol Digit, Ujian Sasaran Mengejar, Cljian Masa Tindakbalas, Cljian Kepantasan Tangan Santa Ana dun Ujian Membuat Jejak. Keputusan: Keputusan kajian menunjukkan min kepekatan plumbum darah di kalangan responden adalah 10.43 4.40 ,ug/dL. Terdapat hubungan antara kepekatan plumbum darah dun Ujian Sasaran Mengejar (nilai X2 = 7.309, p C0.05) dun Ujian Digit Simbol (x2 = 7.329, p<0.001). Manakala bagi faktor yang paling mempengaruhi kepekatan plumbum darah adalah tempoh bertugas di Unit Dagangan Jalanraya, tempoh merokok dun jenis pengangkutan ke tempat kerja setelah menjalankan ujian regresi berganda

Item Type:Article
Keywords:Pegawai Kastam; kepekatan plumbum darah; skor neurotingkahlaku; pendedahan tempat kerja
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4451
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Apr 2012 07:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page