Aras plumbum darah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pekerja kilang membuat bateri

Azlee Ayub, and Noor Hassim Ismail, (2005) Aras plumbum darah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pekerja kilang membuat bateri. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 11 (1). pp. 56-64. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
224kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Satu kajian untuk mengetahui amalan penggunaan alat perlindungan diri serta faktor-faktor yang mempengaruhi aras plumbum darah di kalangan pekerja kilang bateri. Temuduga secara berpandu dijalankan oleh pegawai kesihatan dan keselamatan yang dilantik. Pengambilan sampel darah vena dijalankan oleh penyelidik sendiri dan sampel dianalisa di Makmal Kesihatan Persekitaran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan Relau Grafit Spektrofotometer Atom Model Hitachi-5700. Kadar respon untuk kajian ini adalah 87.5% (n=105) dun kesemua responden adalah terdiri dari lelaki. Hasil kajian menunjukkan gejala sering terlupa mempunjui hubungan yang bermakna dengan aras plumbum darah (X2=4.781, p<0.05). Amalan membasuh tangan sebelum makan dan aras plumbum darah menunjukkan perbezaan min aras plumbum yang bererti (t=4.97, p<0.05. Di dapati mereka yang tidak mengamalkan membasuh tangan sebelum makan berisiko untuk mendapatkan aras plumbum >40ug/dl sebanyak 5 kali berbanding mereka yang mengamalkannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap amalan penggunaan alat perlindungan diri adalah rendah di kalangan pekerja kilang berkenaan. Amalan membasuh tangan sebelum makan merupakan faktor yang mempengaruhi aras plumbum darah.

Item Type:Article
Keywords:Paras plumbum darah ; pekerja; amalan membasuh tangan; kilang membuat bateri.
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4458
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Apr 2012 03:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page