Nurul-Akhma, Z and Shuhaimi-Othman, M and Azmah, M (2012) Penggunaan biomonitor multispesies air tawar dalam menilai perubahan kelakuan ikan gapi, poecilia reticulata dan udang air tawar, macrobrachium lanchesteri terhadap air larut resap dari tapak pelupusan sampah. Sains Malaysiana, 41 (5). pp. 573-583. ISSN 0126-6039
|
PDF
403kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Biomonitor Multispesies Air Tawar (MFB™) digunakan bagi mengukur dan menganalisis pelbagai kelakuan daripada pelbagai jenis organisma akuatik untuk memantau kualiti air dalam ekosistem air tawar. Isyarat gerak balas udang air tawar (Macrobrachium lanchesteri) dan ikan gapi (Poecilia reticulata) dikaji di dalam makmal bagi menentukan respons yang spesifik terhadap pendedahan kepekatan air larut resap yang berbeza (1%, 3% dan 5%) bagi kedua-dua organisma. Perubahan perilaku organisma (pergerakan dan ventilasi) direkodkan dengan menggunakan Biomonitor Multispesies Air Tawar (MFB) selama 24 jam. Hasil yang diperoleh menunjukkan terdapat trend peningkatan respons pergerakan dan ventilasi yang jelas dengan peningkatan kepekatan pendedahan air larut resap bagi udang air tawar. Manakala respons yang ditunjukkan oleh ikan gapi adalah tidak begitu jelas walaupun terdapat trend pengurangan pergerakan dengan peningkatan kepekatan pendedahan air larut resap dan trend peningkatan ventilasi dengan peningkatan kepekatan pendedahan. Kajian ini menunjukkan M. lanchesteri memberikan respons yang lebih sensitif kepada air larut resap berbanding P. reticulata dan organisma ini lebih sesuai digunakan sebagai organisma penunjuk untuk MFB.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kelakuan; Macrobrachium lanchesteri; pencemaran air; poecilia reticulata |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 4470 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 23 Apr 2012 09:02 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:36 |
Repository Staff Only: item control page