Mark, Lee Wun Fui and Lorna, Jeffery Minggu and Mohammad Kassim, (2012) Sifat foto kimia Kompleks Molibdenum Ditiolena. Sains Malaysiana, 41 (5). pp. 597-601. ISSN 0126-6039
|
PDF
377kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Faktor yang perlu diberi perhatian bagi bahan pemeka foto yang baik adalah keamatan serapan dan kedudukan serapan spektrum elektronik dalam julat cahaya nampak, keupayaan redoks dan kestabilan-fotonya. Kompleks molibdenum ditiolena dengan formula am [MoTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5-dimetilpirazolil)hidroborat dan L = toluena-3,4-ditiolat (L1); 1,2-benzenaditiolat (L2); 3,6-dikloro-1,2-benzenaditiolat (L3) didapati mempunyai sifat-sifat kimia dan fizik yang diperlukan untuk dijadikan sebagai anod pemeka-foto-elektron untuk sel foto-elektrokimia penguraian molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Kompleks Mo-ditiolena yang disintesis daripada prekursor [MoTp*(NO)(I)2] dan sebatian ditiol dengan kehadiran Et3N sebagai agen penurunan dan penyahprotonan telah diciri dengan menggunakan kaedah analisis mikro unsur CHNS, spektroskopi IR, ultra-lembahyung dan cahaya nampak (UV-Vis), dan elektrokimia. Puncak penyerapan UV-Vis (λmax/ nm) dikesan pada 321-331, 369-372, 576-589 dan 736-741nm. Sifat keaktifan foto-kimia dan foto-fizik turut dikaji bagi menentukan kesesuaiannya sebagai bahan pemeka foto bagi sel foto-elektrokimia. Ujian kestabilan-foto menunjukkan tiada berlaku penguraian terhadap ketiga-tiga kompleks tersebut selepas sinaran cahaya selama 24 jam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahan pemeka foto; kestabilan-foto; molibdenum ditiolena |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 4473 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 23 Apr 2012 09:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:36 |
Repository Staff Only: item control page