Hubungkait antara kemahiran insaniah prasiswazah dengan dimensi hubungan organisasi-publik

Chang, Peng Kee and Fauziah Ahmad, and Faridah Ibrahim, (2011) Hubungkait antara kemahiran insaniah prasiswazah dengan dimensi hubungan organisasi-publik. Jurnal Personalia Pelajar (14). pp. 23-36. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/

Abstract

Organisasi sentiasa memberi tumpuan kepada publik yang mempunyai kepentingan dalam penentuan hayatnya. Dalam konteks institusi pengajian tiggi, graduan merupakan publik yang utama dimana kebolehpasaran meeka merupakan pengukur usaha sesebuah universiti dalam pembangunan sumber mausia . Terdapat dua deminsi hubungan organisasi dengan publik iaitu hubungan komunal dikatakan lebih memberi perhatian terhadap persekitaran; manakala hubungan pertukaran lebih cenderung kepada kepentingan diri organisasi dari pandangan publik tertentu. dari perspektif yang berbeza terhadap dua dimensi hubungan ini, terdapat persoalan hubungkait antara kemahiran insaniah pelajar yang dikatakan sebagai penentu kebolehpasaran setelah tamat pengajian nanti. permasalahan ini telah mencungkil minatpara penyelidik untuk melaksanakan kajian rintis untuk meninjau pandangan prasiswazah sesebuah universiti tentang persepsi mereka terhadap hubungan univesiti-pelajar dan seterusnya dikaitkan dengan tujuh aspek ukuran kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiaran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional,dan kemahiran kepemimpinan.Persepsi dari 115 pelajar telah berjaya ditinjau melalui kaedah tinjauan bersemuka. Hubungan komunal didapati mempunyai hubungan positif dengan berkomunikasi, kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, dan kemahiran keusahawanan manakala hubungan pertukaran berhubungan songsang dengan etika dan moral profesional.

Item Type:Article
Keywords:ukuran hubungan organisasi-publik; kemahiaran insaniah; kebolehpasaran graduan; pembangunan sumber manusia; perhubungan awam.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4507
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Apr 2012 04:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page