Intan Nurhaila Meor Safari, and Norlija Kassim, and Nur Falihin Iskandar, and Mohamad Haazik Mohamed, and Mohd Yusof Hj.Abdullah, (2011) Tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental dlam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA):kajian kes di UKM,Bangi. Jurnal Personalia Pelajar (14). pp. 37-44. ISSN 0128-2735
|
PDF
228kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/
Abstract
Memahami status pengetahuan umum tentang kesihatan mental adalah penting sebagai langkah awal untuk merangka program intervensi sosial seperti kempen komunikasi. Artikel ini membincangkan isu berkaitan dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental dikalangan pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) berdasarkan kajian yang telah dijalankan keatas sampel di Universiti Kebangsaan Malaysia. Subjek kajian dipilih secara rawak yang melibatkan 30 orang responden dalam kalangan pelajar IPTA UKM, Bangi. Hasil kajian mendapati pengetahuan mengenai kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah rendah apabila sebanyak 83.3% daripada keseluruhan responden mendapat skor kurang daripada 80%. Hubungan antara faktor sosiodemografi dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah tidak signifikan kerana bagi ketiga-tiga item sosiodemografi yang dikaji mempunyai nilai p>0.05. Oleh itu, tidak terdapat hubungan antara faktor sosiodemografi (jantina, bangsa, agama) dengan tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental. Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa isu kesihatan mental perlu dikomunikasikan secara lebih meluas untuk memperkasakan pelajar dengan pengetahuan sebagai langkah untuk mengurangkan masalah kesihatan ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 4511 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 25 Apr 2012 06:39 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:36 |
Repository Staff Only: item control page