Penilaian aktiviti kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran di UKM

Jumali Hj Selamat, and Khaidzir Hj. Ismail, and Kadaruddin Aiyub, and Kadir Arifin, and Lukman Z. Mohamad, and Roslee Rajikan, and Azahan Awang, and Mohd. Helmi Abd Rahim, and Norfadillah Derahim, (2011) Penilaian aktiviti kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran di UKM. Jurnal Personalia Pelajar (14). pp. 101-116. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/

Abstract

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap institusi pengajian tinggi adalah pelengkap kepada proses keilmuan dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mengwujudkan modal insan negara yang berkualiti. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di IPT mempunyai nilai kredit yang khusus, bagaimanapun bentuk penilaian dan pelaksanaannya adalah berbeza-beza. Pelaksanaan dan penilaian aktiviti kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil pendekatan yang lebih luas dengan memberi kebebasan penuh kepada pelajar mengwujudkan aktiviti sendiri berpandukan kontrak pembelajaran yang di persetujui bersama antara universiti dan pelajar.Atas alasan ini, maka satu kajian awal telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pelajar dalam pelaksanaan kontrak pembelajaran. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi menilai seramai 51 reponden yang terdiri daipada peserta bengkel'Training of Trainers(TOT).Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman pelajar tentang kontrak pembelajaran berada pada tahap cemerlang (min antara 4.6 hingga 4.16), lebih 85 peratus tahap pengetahuan pelajar memahami dengan jelas dan tahap penerimaan yang tinggi (min antara 4.02 hingg 4.46).Sementara itu , hasil kajian pelaksanaan kontrak pembelajaran mengakui mencapai kesemua prinsip kontrak pembelajaran (min antara 3.92 hingga 4.25) dan mencapai kesemua hasil pembelajaran (min antara 4.00 hingga 4.18) .Daripada 32 elemen dalam 8 hasil pembelajaran yang dinilai, 21 elemen berada tahap sangat tinggi dan 11 yang lain pada tahap tinggi. Implikasinya pelaksanaan kontrak pembelajaran terhadap pelajar jelas menunjukkan kejayaan.Pelaksanaan pendekatan baru penilaian aktiviti kokurikulum berkredit ini berada pada landasan yang betul. Bagaimanapun, usaha memperkukuhkan dan meluaskan lagi sumber dan informasi perlu diteruskan bagi menambahbaik 11 elemen yang berada pada tahap tinggi.

Item Type:Article
Keywords:kontrak pembelajaran; pelajar IPT; kokurikulum berkredit; kemahiran insaniah; hasil pembelajaran
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4535
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:26 Apr 2012 04:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page