Persepsi pakar perubatan kesihatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Sistem Saraan Malaysia (SSM)

I Aniza, and Syed Mohamed Aljunid, and Jamsiah M, (2007) Persepsi pakar perubatan kesihatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Sistem Saraan Malaysia (SSM). Jurnal Kesihatan Masyarakat, 13 (1). pp. 22-31. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah diperkenalkan pada tahun 2002 menggantikan skim Sistem Saraan Baru (SSB) kepada kakitangan sektor awam. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA) pada 2004 yang bertujuan untuk mendapatkan persepsi mereka mengenai skim SSM. Semua PPKA yang berdaftar dengan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPPKA) yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Kadar respon kajian ini ialah 70.0% iaitu 217 responden. Kajian ini mendapati sebanyak 80.6% PPKA tidak bersetuju dengan pelaksanaan SSM, hanya 7.4% bersetuju dan sebanyak 12.0% berkecuali. Kelemahan-kelemahan utama SSM yang dikenalpasti oleh responden yang tidak bersetuju dengan SSM ialah prosedur atau skim perkhidmatan yang kabur (83.9%), peperiksaan Tahap Kecekapan yang tidak releven (54.1%) dan kenaikan pangkat terjejas (40.5%). Hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat memperbaiki kelemahan-kelemahan SSM supaya pelaksanaannya menjadi lebih mantap dan dapat menangani kelemahan yang wujud di dalam skim tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Sistem Saraan Malaysia; Pakar Perubatan Kesihatan Awam; Kementerian Kesihatan Malaysia; Sistem Saraan Baru.
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4590
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:03 May 2012 01:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page