Amalan calitan pap dan faktor hubungkait di kalangan wanita berkahwin di Kg. Sesapan Kelubi, daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia

M Jamsiah, and A.S Shamsul, and I Aniza, and S Rozhan, and W.P Sh. Ezat, (2008) Amalan calitan pap dan faktor hubungkait di kalangan wanita berkahwin di Kg. Sesapan Kelubi, daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 14 (1). pp. 52-61. ISSN 1675-1663

[img]
Preview
PDF
107kB

Official URL: http://www.communityhealthjournal.org/detailarticl...

Abstract

Pengenalan : Kajian hirisan lintang telah dilakukan di kalangan wanita berkahwin di Kg. Sasapan Kelubi, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prevalens amalan calitan pap serta serta faktor-faktor yang berhubungkait dengannya. Metodologi : Persampelan universal ke atas semua wanita berkahwin yang bersetuju terlibat di dalam kajian ini telah dilakukan dari rumah ke rumah. Alatan kajian berbentuk soalselidik menjadi asas temuduga berpandu. Data dianalisa melalui perisian SPSS versi 12.0. Hasil Kajian : Seramai 154 orang responden memberi maklumbalas. Min umur adalah 23.3 ± 4.4 tahun. Hanya 66 responden (42.9%) pernah menjalani calitan pap, tetapi hanya 6 orang (3.9%) sahaja mengamalkannya mengikut jadual yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara sebab mereka tidak pernah menjalani calitan pap termasuk tidak tahu mengenainya (N=46, 52.3%), perasaan takut (N=22, 425.0%), berasa malu (N= 21, 23.9%), tiada kesempatan masa (N=19, 21.6%), rasa tidak penting (N=7, 8.0%), ketiadaan doktor wanita (N= 6, 6.8%), tidak peduli dan berasa klinik kesihatan terlalu jauh (N= 3, 3.4%) dan kos calitan yang dirasa mahal (N = 1, 1.1%). Hanya satu faktor yang dikaji menunjukkan hubungan bererti dengan amalan calitan pap iaitu skor pengetahuan mengenai calitan, yang mana responden yang menjalani calitan pap menunjukkan min skor yang lebih tinggi berbanding responden yang tidak pernah menjalani calitan pap. Kesimpulan : Kajian ini menunjukkan banyak lagi usaha diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penduduk wanita di kampung demi mengatasi jurang pengetahuan, kesilapan persepsi dan alasan lain yang mengekang penerimaan amalan calitan pap di kalangan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Wanita berkahwin; amalan calitan pap; kampung; Malaysia.
Journal:Jurnal Kesihatan Masyarakat
ID Code:4603
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:04 May 2012 01:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page