Bertani dalam bandar dan kesan-kesannya kepada komuniti tempatan dan persekitaran bandar: Kajian kes Jakarta Barat dan Tangerang, Indonesia (Urban farming and its impact on local communities and urban environment: A case study of West Jakarta and Tangerang, Indonesia)

Ratnawati Yuni Suryandari, (2012) Bertani dalam bandar dan kesan-kesannya kepada komuniti tempatan dan persekitaran bandar: Kajian kes Jakarta Barat dan Tangerang, Indonesia (Urban farming and its impact on local communities and urban environment: A case study of West Jakarta and Tangerang, Indonesia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 12-22. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Menjelang 2015, dianggarkan bahawa kira-kira 26 bandar raya di dunia akan mempunyai penduduk 10 juta atau lebih. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan fakta bahawa kini, sebanyak 250 juta orang yang hidup dalam kelaparan, tinggal di bandar-bandar di dunia. Untuk menampung keperluan bekalan makanan di bandar, sekurang-kurangnya 6,000 tan makanan mesti diimport setiap hari. Pertanian bandar adalah jawapan untuk mengatasi masalah ketakcukupan bekalan makanan. Makalah ini menilai persepsi petani Indonesia di Jakarta Barat dan Tangerang, berkaitan prospek bertani dan kesannya terhadap komuniti tempatan dan persekitaran bandar. Penilaian adalah berdasarkan respons 171 petani di Jakarta Barat dan Tangerang semasa kajian lapangan dijalankan pada bulan Mac 2011. Kajian mendapati bahawa, secara amnya, bertani di kawasan bandar mempunyai kelebihan yang tertentu dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dari aspek ekonomi, pertanian di bandar dapat memastikan keselamatan makanan tempatan manakala petani boleh meningkatkan simpanan kerana mereka tidak membelanjakan wang yang banyak pada makanan. Secara sosial, bertani di bandar boleh mewujudkan pekerjaan baru, memberi kuasa kepada golongan miskin dan mengurangkan kadar kemiskinan bandar. Dari aspek alam sekitar, menjalankan aktiviti pertanian di bandar dapat meningkatkan ruang hijau yang berfungsi sebagai paru-paru bandar dan menyumbang kepada suasana bandar yang sihat dan kelangsungan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti pertanian di bandar perlu digalakkan bagi menampung peningkatan penduduk dan pembandaran

Item Type:Article
Keywords:Jakarta Barat; pembasmian kemiskinan; perancangan bandar; pertanian bandar; petani; Tangerang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4629
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 07:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page