Persepsi politik dan kepimpinan di kawasan Parlimen (P152) Kluang, Johor (Political perceptions and leadership in the Parliament (P152) Kluang, Johor)

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, (2012) Persepsi politik dan kepimpinan di kawasan Parlimen (P152) Kluang, Johor (Political perceptions and leadership in the Parliament (P152) Kluang, Johor). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 23-32. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kluang merupakan kawasan bandar yang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan aktiviti ekonomi dan aktiviti penduduknya. Kepesatan dan kemajuan ekonomi di Kluang telah mempengaruhi persepsi pengundi terhadap politik dan kepimpinan setempat dan negara. Dalam aspek pendapat politik, 95.0 peratus di kalangan responden menyokong program Kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan negara dan 83.2 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong dan dihayati oleh responden. Dari aspek pengurusan awam pula, 86.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap Kerajaan dan polisi/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat (80.2 peratus). Parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang ialah BN (60.8 peratus) dan DAP (39.2 peratus). Justeru, artikel ini akan merungkai pandangan politik dan kepemimpinan di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:bandar; kemajuan ekonomi; kerajaan; persepsi; politik; pengurusan awam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4630
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 07:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page