Komuniti nelayan muslim: Analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama (Muslim fishermen community: The analysis of importance from Islamic lifestyle perspective)

Dzuhailmi Dahalan, and Turiman Suandi, and Mohamad Rezal Hamzah, and Jamilah Othman, and Jegak Uli, and Nobaya Ahmad, and Nor Azliza Wanis Abdullah, (2012) Komuniti nelayan muslim: Analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama (Muslim fishermen community: The analysis of importance from Islamic lifestyle perspective). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 43-51. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
213kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Komuniti nelayan merupakan komuniti sosial yang dikaitkan dengan usaha penangkapan hasil laut sebagai mata pencarian. Kebergantungan pada hasil tangkapan menyebabkan para nelayan banyak menghabiskan masa di laut sehingga beberapa hari lamanya. Ini kerana pekerjaan ini sangat dipengaruhi faktor cuaca yang berlaku. Kesibukan sebagai nelayan tidak sepatutnya menjadi alasan bagi seseorang itu daripada tidak mematuhi kewajipan agama yang difardukan. Namun sejauh mana kepentingan dari sudut kehidupan beragama begitu dititikberatkan dalam kalangan ahli komuniti ini. Artikel ini meneliti kepentingan terhadap kehidupan beragama dari kaca mata komuniti nelayan Muslim di Selangor. Hasil kajian yang melibatkan seramai 172 orang nelayan ini menunjukkan majoriti responden tidak menjadikan alasan kesibukan sebagai penghalang bagi mereka menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. Kajian juga menunjukkan kepentingan kehidupan beragama dalam keluarga serta komuniti setempat turut dititikberatkan oleh responden yang dikaji. Sungguhpun penekanan terhadap kehidupan beragama nampak ketara dalam kalangan responden namun sedikit keanehan yang memungkinkan persoalan keagamaan timbul di mana kajian mendapati majoriti nelayan masih mendapatkan khidmat bomoh/pawang untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dihajati.

Item Type:Article
Keywords:agama; kehidupan beragama; nelayan; nelayan muslim; persoalan akidah; sosio-ekonomi nelayan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4632
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 07:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page