Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia: satu ulasan (Animals-based traditional medicine amongst indigenous people in Asia: A review)

Siti Zubaidah, and Norsuhana, AH and Fatan Hamamah, Y (2012) Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia: satu ulasan (Animals-based traditional medicine amongst indigenous people in Asia: A review). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 52-60. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sejumlah 80% dari 6 bilion penduduk dunia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan sebagai sumber perubatan. Artikel ini bertujuan untuk mengulas penggunaan bahagian haiwan atau haiwan yang telah digunakan sebagai makanan, perubatan, dan kaitannya dengan kepercayaan, kebudayaan (pengetahuan tradisional), pengetahuan pribumi dan pemuliharaan. Rawatan penyakit menggunakan terapi berasaskan haiwan dikenali sebagai zooterapi. Masyarakat terdahulu mempunyai pengetahuan luas berkaitan perubatan yang menggunakan haiwan dan tumbuhan. Masyarakat pribumi mempunyai informasi yang luas berasaskan perubatan dari biodiversiti. Amalan penjagaan kesihatan masyarakat pribumi menjadi pilihan kerana kos yang berpatutan bagi situasi di mana perkhidmatan kesihatan moden yang terlalu mahal atau tidak wujud di kawasan mereka. Kebanyakan masyarakat pribumi di negara-negara Asia menggunakan haiwan bagi tujuan perubatan tradisional. Bahagian dan campuran yang diperoleh daripada haiwan banyak digunakan bagi rawatan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah kesihatan. Di samping kepentingan, kajian terhadap penggunaan haiwan dalam perawatan sangat sedikit berbanding kajian terhadap tumbuhan.

Item Type:Article
Keywords:biodiversiti; masyarakat pribumi di Asia; penjagaan kesihatan; perubatan tradisional; rawatan berasaskan haiwan; zooterapi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4633
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 08:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page