Persepsi politik dan trend pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang (The political perception and voting trend in the state assembly area of Permatang Pasir, Pulau Pinang)

Junaidi Awang Besar, (2012) Persepsi politik dan trend pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang (The political perception and voting trend in the state assembly area of Permatang Pasir, Pulau Pinang). GEMA: Online Journal of Language Studies, 8 (3). pp. 61-70. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Pilihan raya kecil kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Datuk Haji Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009 di Institut Jantung Negara (IJN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos manakala hari pembuangan undi adalah pada 25 Ogos. Sebanyak lapan buah pusat pengundian iaitu lapan buah sekolah membabitkan 39 saluran mengundi dibuka pada hari pengundian. Dapatan kajian menunjukkan 60 peratus responden menyatakan dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat/pakatan pembangkang banyak menguntungkan orang bukan Melayu dan 81 peratus menyatakan parti Democracy Action Party (DAP) lebih memainkan peranan dalam membuat keputusan polisi Kerajaan Negeri. Dari perspektif jangkaan keputusan pilihan raya kecil, 60 peratus responden menyatakan PAS akan mengekalkan kemenangan di DUN tersebut. PAS berjaya mengekalkan kemenangan di DUN tersebut melalui calonnya Mohd. Salleh Man yang menewaskan calon BN (UMNO), Rohaizat Othman dengan majoriti 4551 undi. Faktor kejayaan PAS mengekalkan kemenangan adalah kawasan tersebut adalah kubu kuat pakatan pembangkang iaitu kawasan penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim (ahli Parlimen Permatang Pauh) dan isu kredibiliti calon BN yang dimainkan oleh penceramah-penceramah daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan Negeri; Parti Islam Semalaysia; Permatang Pasir; Pilihan Raya; polisi; Suruhanjaya
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:4634
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 08:04
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page