Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang (Morphometry of major river basins in the Island of Penang)

Noraini Misnan, and Main Rindam, (2012) Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang (Morphometry of major river basins in the Island of Penang). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 71-81. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
518kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Morfometri saliran digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri dan parameter geometri sesebuah lembangan sungai supaya ianya lebih objektif dan bermakna. Makalah ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan menganalisis ciri-ciri morfometri empat lembangan sungai utama di Pulau Pinang iaitu lembangan Teluk Bahang (A), lembangan Sungai Pinang (B), lembangan Sungai Relau (C) serta lembangan Sungai Air Putih (D). Maklumat tentang morfometri ini amat penting untuk digunakan sebagai asas rujukan yang berkesinambungan pada masa hadapan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik analisis peta topography dan pemerhatian di lapangan. Kajian tertumpu kepada aspek morfometri tertentu khususnya pola-pola saliran, order sungai, serta kepadatan lembangan saliran. Hasil kajian menunjukkan kesemua kawasan lembangan kajian mempunyai kepadatan saliran yang kurang daripada 2 km per km persegi dengan lembangan Sungai Relau mencatat kepadatan tertinggi iaitu 1.89 km per km persegi. Kebanyakan sungai di kawasan kajian mempunyai pola saliran jenis reranting atau dendritik dan Sungai Pinang (B) mempunyai 5 order sungai, tertinggi di kawasan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:hidrologi; kepadatan saliran; lembangan sungai; pola saliran; morfometri sungai; order sungai
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4635
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 08:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page