Keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi kepada pelajar bukan-geografi (Effectiveness of GIS as a tool in teaching basic geographic concepts to non-geography students)

Mokhtar Jaafar, (2012) Keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi kepada pelajar bukan-geografi (Effectiveness of GIS as a tool in teaching basic geographic concepts to non-geography students). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 82-92. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
223kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Sistem Maklumat Geografi sering dikatakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam mempertingkatkan kefahaman geografi di kalangan pelajar. Sehubungan itu kajian telah dilakukan bagi membuktikan premis tersebut dalam kalangan pelajar Sains Laut di UKM. Dua peringkat ujian dilakukan kepada 32 responden bagi menilai tahap kefahaman asas geografi mereka iaitu pada peringkat awal dan akhir perkuliahan dan aktiviti GIS. Secara umumnya, tahap kefahaman asas geografi responden pada peringkat awal adalah rendah. Responden gagal menyatakan istilah penting geografi seperti konsep ruang, tempat dan masa. Namun begitu, hasil kajian pada peringkat kedua membuktikan keberkesanan GIS dalam mempertingkatkan tahap kefahaman asas geografi dalam kalangan responden. Semua responden dapat mengemukakan kata kunci penting mengenai geografi dan berjaya menghubungkaitkan teknologi GIS dengan asas-asas geografi seperti data ruang, dimensi ruang, lokasi, entiti dan atribut. Kajian ini membuktikan keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi yang sesuai terutama kepada pelajar yang tidak mempunyai asas geografi yang kukuh.

Item Type:Article
Keywords:alat bantu mengajar; GIS; Geografi; pelajar; Sains Laut; Sistem Maklumat Geografi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:4636
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 08:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page