Suzana Abd.Mutalib, and Jamil Ahmad, (2012) Pengunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek bahasa Melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 17-30. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
PDF
Restricted to Repository staff only 218kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Abstract
Menyoal secara lisan, latihan, seat work, perbincangan, projek, tugasan dan kerja rumah adalah antara teknik pentaksiran formatif yang kerap diaplikasikan guru dalam proses P&P (P&P). Kesemua teknik ini apabila dilaksanakan dengan betul dan berkesan, ia dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid. Kertas ini melaporkan satu dapatan kajian kualitatif yang dilaksanakan untuk mengenal pasti teknik pentaksiran formatif yang digunakan oleh guru semasa proses P&P subjek Bahasa Melayu di bilik darjah satu. Reka bentuk kajian ialah kajian kes dan telah dijalankan di sebuah sekolah rendah showcase Pentaksiran Berasaskan Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Seorang guru subjek Bahasa Melayu menjadi peserta kajian ini. Dua teknik kutipan data digunakan, iaitu pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian dibincangkan mengikut penggunaan teknik pentaksiran formatif semasa proses P&P dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian mengguna pakai pelbagai teknik pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran murid di samping memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dapatan juga menjelaskan bahawa peserta kajian menggunakan pelbagai teknik kerana tujuan yang pelbagai dan fungsi setiap teknik pula saling melengkapi antara satu sama lain. Penggunaan pelbagai teknik pentaksiran adalah penting untuk memastikan maklumat pentaksiran yang diperolehi membolehkan guru membuat keputusan secara tepat berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kemahiran dicapai oleh murid. Penggunaan pelbagai teknik pentaksiran juga penting dalam memastikan perkara yang diukur mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian adalah signifikan dalam memberi gambaran sebenar bagaimana teknik-teknik pentaksiran formatif dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P subjek bahasa melayu
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pentaksiran formatif; teknik pentaksiran formatif; pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 4637 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 07 May 2012 10:03 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:36 |
Repository Staff Only: item control page