Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu tingkatan 1

Nur Aisyah Mohamad Noor, and Zamri Mahamod, and Afendi Hamat, and Mohamed Amin Embi, (2012) Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 1-16. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

279kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi murid Tingkatan 1 terhadap perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) berasaskan multimedia bagi tajuk novel Istana Menanti. Novel tersebut merupakan teks sastera baru dalam komponen sastera (Komsas) bagi memenuhi sukatan pelajaran baru Bahasa Melayu yang bermula pada tahun 2010. Bahan PPBK ini menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan model Hannafin dan Peck yang diintegrasikan dengan model ASSURE sebagai model reka bentuk bagi mewujudkan proses pembelajaran yang efektif dan kreatif. Kajian ini melibatkan seramai 122 orang murid Tingkatan 1 dari tiga buah sekolah menengah di daerah Muar, Johor. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian PPBK yang dibangunkan memenuhi keperluan mereka dalam proses pembelajaran novel. Murid dapat mengikuti pembelajaran secara menyeluruh tanpa bergantung kepada guru. PPBK ini juga telah meningkatkan motivasi mereka untuk menguasai hasil pembelajaran serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap elemen sastera dalam pembelajaran bahasa melayu.

Item Type:Article
Keywords:interaktif; motivasi; proses pembelajaran; komponen sastera; bahasa melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4638
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 09:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page