Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

Nor Ilyani Harun, and Ahmad Fauzi Mohd.Ayub, and Fadzilah Ab.Rahman, (2012) Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 31-42. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

322kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender. Seramai 60 orang murid daripada dua kelas yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan memberi kesan positif kepada murid.

Item Type:Article
Keywords:tatabahasa; keberkesanan; gender; pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4639
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 10:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page