Kebolehpercayaan pemeriksaan karangan secara holistik berdasarkan jantina dan pengalaman dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah

Noor Izam Mohd Taib, and Zamri Mahamod, and A Rahman Haron, and Rozaiman Makmun, (2012) Kebolehpercayaan pemeriksaan karangan secara holistik berdasarkan jantina dan pengalaman dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 43-64. ISSN ISSN: 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

364kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menetukan kebolehpercayaan pemeriksaan secara holistik karangan Bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian dibuat bertujuan untuk melihat apakah terdapat perbezaan yang bererti dalam pemeriksaan holistik karangan Bahasa Melayu berdasarkan skor antara jantina dan pengalaman. Seramai lapan orang guru Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur berdasarkan jantina dan pengalaman dalam memeriksa Kertas Karangan Bahasa Melayu UPSR dipilih sebagai sampel kajian. Sebanyak tiga skrip karangan daripada pelbagai format iaitu Karangan Catatan, Karangan Cerita dan Karangan Fakta daripada lapan orang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur digunakan sebagai intrumen kajian. Dokumen dianalisis secara pendekatan induktif dan kemudian mengorganisasikan data. Hasil kajian menunjukkan guru lelaki mempunyai tahap kebolehpercayaan sangat tekal berbanding guru perempuan. Kajian juga menunjukkan guru berpengalaman mempunyai tahap kebolehpercayaan sangat tekal berbanding guru kurang berpengalaman. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang bererti dalam pemeriksaan holistik karangan bahasa melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu berdasarkan jantina dan pengalaman memeriksa.

Item Type:Article
Keywords:kebolehpercayaan; pemeriksaan holistik; karangan bahasa melayu UPSR; guru bahasa melayu; sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4640
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 11:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page