Genggaman pensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis

Lim, Chen Yin and Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, and Mohd.Mokhtar Tahar, (2012) Genggaman pensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 65-77. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

651kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia). Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetengahkan jenis-jenis genggaman pensel dalam kalangan KKBP, jenis-jenis peringkat genggaman pensel murid-murid bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Kajian ini juga ingin menentukan perbezaan genggaman pensel mengikut kategori KKBP. Kajian ini melibatkan pengambilan gambar genggaman pensel semasa menulis oleh 225 orang responden dari tujuh buah sekolah rendah yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di daerah Klang, Selangor. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 36 orang responden di sebuah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan kategori murid Bermasalah Pembelajaran Spesifik mencatatkan peratusan tertinggi bagi ketiga-tiga jenis peringkat genggaman pensel iaitu 8.4 peratus (19 orang murid) bagi peringkat matang, 51.6 peratus (116 orang murid) bagi peringkat tidak matang dan 1.8 peratus (4 orang murid) bagi peringkat lain-lain. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk KKBP. Penggunaan alat adaptif pensel boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel kearah genggaman pensel peringkat matang.

Item Type:Article
Keywords:genggaman pensel; tulisan tangan; menulis; sekolah rendah; pensel
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4641
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 12:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page