Keberkesanan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu

Zurainu Mat Jasin, and Abdull Sukor Shaari, (2012) Keberkesanan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 79-92. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

221kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sama ada pengajaran komponen sastera (Komsas) Bahasa Melayu menggunakan Model Lima Fasa Needham (1987) dapat meningkatkan pencapaian murid bukan Melayu. Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan sebanyak 80 murid Cina di sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan Model konstruktivisme, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Daripada analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. Min skor Komsas bagi murid kumpulan pos eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min skor kumpulan kawalan dalam ujian pasca.

Item Type:Article
Keywords:pendekatan konstruktivisme; pengajaran komsas; bahasa melayu; eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4642
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 12:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page