Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam

Yahya Othman, and Aisah Md.Daud, and Azmey Othman, and DK.Siti Ardiah PG.Mohiddin, and Maszuraimah Muizz Sulaiman, (2012) Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 93-109. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

231kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kaedah fonik pada peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Penelitian tertumpu kepada proses yang berlaku semasa pengajaran menggunakan kaedah fonik di dalam kelas. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan tiga orang guru dan 69 orang murid sebagai responden kajian. Kajian dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pengajaran tiga orang guru dan respons yang diberikan oleh murid-murid di dalam tiga buah kelas prasekolah di kawasan Brunei Muara. Tiga jenis alat kajian digunakan untuk tujuan pengumpulan data iaitu analisis dokumen, borang pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mengaplikasikan kaedah fonik dalam pengajaran membaca. Responden juga mampu mengajarkan membaca menggunakan kaedah fonik seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Brunei. Kaedah fonik ini juga didapati memberikan kesan positif terhadap prestasi pembelajaran murid terutamanya dari segi mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca. Selain itu, murid didapati lebih bermotivasi dan berminat untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Item Type:Article
Keywords:kemahiran membaca; kaedah fonik; pendidikan prasekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4643
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 12:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page