Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam tranformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu

Abdul Rasid Jamian, and Shamsudin Othman, and Humaizah Hashim, (2012) Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam tranformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 129-140. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

222kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid. Justeru, guru yang mampu menjadikan proses pengajaran berkesan ialah guru yang cemerlang. Hal ini selari dengan tema Hari Guru 2011, iaitu ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Kajian yang dijalankan ini bertepatan dengan transformasi pengajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar penulisan karangan. Kajian ini melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, iaitu 62.5 peratus, komik bersiri 60.7 peratus, dan gag 51.0 peratus. Manakala strategi yang paling tinggi, iaitu murid diminta membina beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun memperoleh min 2.51 (SP= 0.83). Murid juga diminta untuk menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun, iaitu min 2.39 (SP= 0.80). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang.

Item Type:Article
Keywords:penulisan karangan; bahan kartun; sekolah kebangsaan; strategi; bahan bantu mengajar
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4645
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 13:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page