Kaunseling untuk kesejahteraan - satu kajian kes perkhidmatan kaunseling di Universiti kebangssaan Malaysia.

Taip Abu, and Abdul Halim Othman, (2009) Kaunseling untuk kesejahteraan - satu kajian kes perkhidmatan kaunseling di Universiti kebangssaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 12 . pp. 1-17. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
350kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12

Abstract

Kaunseling untuk kesejahteraan cuba melihat khidmat kaunseling sebagai khidmat menolong terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang akan menfokus konsepsi kaunseling dalam perkembangan semasa dengan tumpuan kepada perkhidmatan kaunseling Kebangsaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1973. Pada awalnya unit ini memberikan perkhidmatan rundingcara dan kerjaya kepada pelajar yang juga dikenali sebagai Unit Rundingcara Pelajar (URP). Dengan pengstrukturan yang dilakukan pada tahun 2005, unit ini dikenali sebagai Kaunseling (UK). Sesuai dengan penjenamaan baru ini, tugas unit telah difokus kepada perkhidmatan kaunseling yang lebih profesional merangkumi kaunseling psikososial, kaunseling peribadi, kaunseling akademik, kaunseling kelompok, psikoterapi dan klinikal yang diuruskan oleh Kaunselor Berdaftar (KB) di mana perkhidmatan kaunseling yang diberikan juga lebih meluas dan profesional. Kertas ini cuba meninjau peranan baru yang dijalankan oleh unit ini kerana terdapatnya peningkatan jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di unit ini dalam bidang kaunseling tertentu. Beberapa strategi juga akan dikemukakan untuk meningkat perkhidmatan unit ini, terutama untuk meningkatkan pusat ini sebagai pusat yang profesional.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:4701
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 May 2012 03:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page